fbpx

Suami mengaku hidap Covid-19 untuk hidup bersama kekasih gelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANISH (dua dari kiri) bersama anak dan isterinya selepas dihantar pulang oleh polis ke kampungnya di Navi , Mumbai. – AGENSI

NEW DELHI– Seorang lelaki berusia 28 tahun yang telah berkahwin menipu keluarganya konon dia dijangkiti Covid-19 sebagai alasan untuk melarikan diri bersama kekasih gelapnya, lapor akhbar Indian Express.

Pada 24 Julai lepas, Manish Mishra menelefon isterinya dan berkata, dia disahkan positif Covid-19 dan tidak mahu hidup lagi sebelum memutuskan talian.

Tindakan Manish membuatkan keluarganya panik. Isteri­nya kemudian membuat aduan kehilangan Manish di balai polis Vashi, kota Mumbai.

Polis membuat pemeriksaan di beberapa makmal Covid-19 tetapi tidak menemui rekod Manish.

Apabila polis menjalankan siasatan di tempat kerja lelaki itu, barulah terbongkar dia sebenarnya sudah dipecat kerana cuba melakukan penyelewangan dan turut mempunyai hubungan sulit.

“Kami menjejaki tempat terakhir Manish dilihat dan me­nemui motosikal, topi keledar, bersama beg sandang yang selalu dibawanya ke tempat kerja.

“Polis turut memeriksa teluk berhampiran dengan bantuan nelayan tetapi tiada mayat ditemui. Kami yakin dia masih hidup,” kata seorang pegawai polis.

Polis berjaya mengesan pergerakan Manish menerusi sistem litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan dia menaiki sebuah kereta.

Menurut polis, lelaki itu sudah lama mencari alasan untuk meninggalkan keluarganya.

Manish yang ditemui di bandar Bhawarkua dalam ke­adaan sihat dan tinggal ber­dua bersama kekasihnya dengan harapan keluarganya menganggap dia sudah meninggal dunia.

Pada 15 September lalu, lelaki itu telah dibawa pulang semula ke pangkuan isteri dan anaknya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI