fbpx

Salammusik perkasakan wanita dengan Molek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAMMUSIK

KUALA LUMPUR – Salammusik sememangnya dikenali dengan mengetengahkan karya dengan isu-isu sensitif. Terbaharu mereka muncul dengan sebuah karya yang bercerita tentang kecantikan semula jadi dan cara sebaik-baiknya untuk menghargai wanita.

Menariknya lagu bertajuk Molek tersebut diinspirasikan daripada suasana semasa dalam kehidupan seharian dengan fokus terhadap industri kecantikan.

SINGLE Molek kini boleh dilayari menerusi semua platform digital.

“Saya rasa industri kecantikan kini membuat kita terlalu fokus terhadap kecantikan luaran dan semuanya boleh dibaiki dengan produk yang dihasilkan”.

“Sudah tiba masanya untuk kita mengetengahkan kecantikan semula jadi. Meraikan kepelbagaia, perbezaan dan mendorong wanita untuk menghargai keindahan semula jadi, kecantikan dalaman dan menerima keaslian.

“Seperti yang dijelaskan oleh lagu, “you don’t need make-up, to look lovely, your authenticity makes my heart sink,” ucap vokalis utama Salammusik, Acap mewakili teman-temannya.

Kata Salammusik, kebanyakkan lagu yang diperdengarkan menerusi radio pada hari ini juga menjurus ke arah memperkasakan wanita , namun tidak hairanlah kerana lagu sebegitu sering dinyanyikan oleh wanita.

Bagaimanapun meneruis menerusi Molek, single terbaharu daripada Salammusik ini pasti akan menyegarkan halwa telinga pendengar memandangkan karya tersebut dinyanyikan sebuah band yang didominasi oleh lelaki.

ACAP

Molek mungkin didengari seperti sebuah lagu romantis, tetapi fokus utama lagu ini adalah untuk menghargai kecantikan semula jadi wanita. Ini jelas dalam muzik yang dibawa bahawa lagu ini bukan hanya untuk gadis tertentu, tetapi untuk semua gadis dan wanita di negara kita.

“Apabila kita semakin tua dan bertambah usia, kita mula menyedari nilai kesihatan dan kecantikan semula jadi dalaman dan luaran. Kami percaya bahawa keindahan semula jadi datang dari jiwa. Jadi apabila sesuatu yang dirasakan dari dalam, pasti akan terpancar pada luarannya”, tambah Acap menghuraikan tentang makna Molek.

Tayangan perdana video muzik single Molek dilancarkan hari ini. Lagu berkenaan juga boleh dilayari menerusi semua platform digital.

Video muzik hasil sentuhan Art-tech tersebut cuba memaksimumkan semua keindahan Pulau Langkawi yang dijadikan sebagai lokasi penggambaran. Video muzik berkenaan juga dapat ditonton menerusi saluran Youtube Salammusik www.youtube.com/salammusik . – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI