fbpx

Quartararo mahu jentera lebih pantas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO terlepas podium di Misano pada GP Emilia Romagna selepas jenteranya berdepan masalah kuasa pecutan. – AFP

BARCELONA – Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing (SRT), Fabio Quartararo tekad untuk mengubati kekecewaan selepas kempunan untuk menaiki podium pada perlumbaan Grand Prix (GP) Emilia Romagna di Mi­sano minggu lalu.

Bagaimanapun, Quartararo berharap pasukannya dapat menyediakan jentera terbaik ter­utama dari aspek kuasa pecutan yang memberi masalah kepada­nya.

Ketika ini, Yamaha telah menjuarai empat perlumbaan menerusi Quartararo di Jerez, Franco Morbidelli di GP San Marino dan Maverick Vinales minggu lalu di GP Emilia Romagna.

Walaupun meraih kemena­ngan tersebut, Yamaha bergelut dengan masalah enjin di mana jentera M1 gagal bersaing hebat ketika di Austria.

“Kami berusaha keras untuk mengatasi pelumba lain untuk berada di hadapan dan jika anda tidak melakukan seperti yang dilakukan Vinales bagi saya sukar untuk kami meraih kemenangan.

“Saya menjuarai dua perlumbaan lalu kerana bermula di petak hadapan seperti Morbidelli dan Vinales. Jika bermula di petak belakang dan pelumba di hadapan mempunyai jentera yang sangat laju sukar untuk anda melakukan dengan lebih baik.

“Saya harap kami mampu lakukan terbaik di Barcelona kerana ia merupakan litar ke­gemaran. Saya pernah menaiki podium tempat kedua di sana dan yakin Yamaha mampu lakukan sekali lagi.

“Terdapat laluan lurus sejauh 1 kilometer dan tahun lalu kami berjaya melakukannya dengan baik. Saya rasa tiada masalah untuk saya menaiki podium sekali lagi jika Yamaha dapat selesaikan masalah itu,” katanya.

Perebutan gelaran dunia dilihat terbuka selepas Quartararo menduduki tangga kedua dan berkongsi mata dengan Vinales dengan 83 mata. Lebih menarik kedua-dua pelumba Yamaha itu hanya dibezakan satu mata de­ngan pelumba Ducati, Andrea Dovizioso selepas mengumpul 84 keseluruhan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI