fbpx

Punca Jackson tinggalkan cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALASAN Jackson meninggalkan bekas kekasihnya kerana mahu memberi fokus kepada karier.

TIDAK janggal bercerita tentang kisah peribadi secara terbuka, penyanyi Jackson mendedahkan pernah menjalin percintaan suatu ketika.

Pendedahan tersebut dibuat Jackson ketika muncul menerusi program A Look at Myself. Dia ditanya sama ada pernah mempunyai kekasih ataupun tidak.

Secara bersahaja, penyanyi kumpulan GOT7 itu berkata, dia pernah bercinta ketika mula-mula datang ke Korea Selatan pada 2011. Untuk informasi, Jackson merupakan warganegara Hong Kong.

“Ya, saya pernah ada kekasih. Kami sebaya tetapi hubungan itu tidak lama,” ujarnya.

Terheret dengan kisah silam, Jackson turut berkongsi tentang punca perpisahan mereka.

Alasannya mudah. Jackson menjelaskan, dia dan bekas kekasihnya terpaksa membawa haluan masingmasing kerana perlu memberi fokus terhadap karier yang baru bermula.

“Saya memulakan debut tetapi tidak berjaya. Sekali gus buatkan saya berasa kecewa kerana tidak mampu memberikan yang terbaik untuk dirinya. Jadi kami berpisah,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI