fbpx

[VIDEO] Masjid tertua di Malaysia ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN masjid lama di Kampung Belimbing Dalam, Alor Gajah yang mungkin dibina pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID

ALOR GAJAH – Sebuah masjid lama yang terbiar usang di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal di sini mungkin menjadi masjid tertua di Malaysia selepas wujud beberapa bukti ia dibina pada zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.

Itu kesimpulan awal dibuat dua pakar sejarah tamadun Islam dan arkeologi, Pemangku Pengarah Institut Alam dan Ta­madun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr. Zuliskandar Ramli serta Pe­ngasas Maktab Penyelidikan Tamadun Alam Melayu dan Islam, Hasanuddin Yusof.

Menurut Dr. Zuliskandar, terdapat beberapa bukti penemuan awal yang memungkinkan masjid lama di Kampung Belimbing Dalam itu dibina pada abad ke-15 atau 16 masihi.

“Kebanyakan bahan binaan yang masih ada di masjid ini saya boleh pastikan paling lewat pun ia sudah wujud pada akhir abad ke-17 (tahun 1601 hingga 1700).

“Tapi petunjuk awal mengaitkan ia mungkin dibina lebih awal pada abad ke-15 atau 16 itu ada, sebab dari segi asas binaan itu ia menggunakan blok batu laterit yang besar yang mana kita tahu penggunaannya berlaku sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sekiranya penemuan beberapa bukti awal itu dapat disahkan dengan fakta, binaan itu boleh diiktiraf sebagai masjid tertua di Malaysia.

Setakat ini, Masjid Kampung Laut yang terletak di Nilam Puri, Kelantan diiktiraf sebagai masjid tertua di Malaysia yang dibina pada abad ke-18.

Bagaimanapun, menurut beliau sebagai ahli akademik, da­patan atau petunjuk awal itu perlu dibuktikan dengan kajian dan data imperikal untuk menyokong andaian berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI