fbpx

Havertz ledak hatrik pertama di Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAVERTZ (kanan) menjaringkan tiga gol ketika membantu Chelsea menewaskan Barnsley 6-0 pada aksi awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Bintang Chelsea, Kai Havertz mula menunjukkan belang sebenar selepas berjaya meledak hatrik ketika membantu pasukannya membelasah Barnsley 6-0 pada pusingan ketiga Piala Liga Inggeris di Stadium Stamford Bridge awal pagi semalam.

Pemain tengah berusia 21 tahun itu membuktikan pelaburan The Blues tidak sia-sia selepas berhijrah daripada Bayern Le­verkusen dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £71 juta (RM376.1 juta) baru-baru ini.

“Saya sangat gembira kerana berjaya meledak tiga gol. Ini adalah permulaan buat pasukan ini dan saya akan terus menjaringkan gol demi gol buat Chelsea,” katanya.

Pengurus Chelsea, Frank Lampard juga meluahkan keterujaan selepas menyaksikan tonggak skuad antarabangsa Jerman itu sudah berjaya menemui sentuhan terbaik selepas bergelut untuk menyesuaikan diri dengan pasukan baharu.

“Inilah yang saya mahu daripada Havertz. Dia berdepan kesukaran dalam beberapa perlawanan pertamanya untuk memahami corak dan taktikal pasukan serta keserasian bersama rakan-rakan sepasukan,” jelasnya.

Tiga lagi gol Chelsea dalam perlawanan itu dijaringkan oleh Tammy Abraham, Ross Barkley dan Olivier Giroud.

Turut membawa penam­pilan pertama bersama Chelsea ialah dua pembelian baharu iaitu ­Thiago Silva dan Ben Chillwell yang masing-masing dibeli daripada Paris Saint-Germain serta Leicester City baru-baru ini.

Lawan The Blues di pusingan keempat nanti adalah pemenang perlawanan antara Tottenham Hotspur atau Leyton Orient yang terpaksa ditangguhkan selepas beberapa pemain Leyton dilaporkan dijangkiti wabak Co­vid-19. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI