fbpx

Buruh maut motosikal terbabas masuk parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa ditemui lemas dalam parit di Kampung Simpang 5 Darat, Bukit Gambir selepas motosikal ditunggangnya terbabas.

Oleh NUR ALINA HASSAN

TANGKAK- Seorang buruh maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam parit di Simpang Lima Darat, Bukit Gambir, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd. Fadhil Minhat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 11.10 pagi berhubung kemalangan maut di kawasan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati, mangsa, Hamdan Yusof, 47 tahun yang bekerja sebagai buruh sedang menunggang motosikal dari arah kedai makan menuju balik ke rumahnya di Kampung Simpang 5 Darat.

“Bagaimanapun, ketika di tempat kejadian iaitu di simpang tiga, mangsa dipercayai terbabas masuk dalam parit bersama dengan motosikalnya dan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, punca kemalangan diklasifikasikan sebagai kecuaian mangsa, namun sebab kematian masih dalam siasatan.

Katanya, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Tangkak dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI