fbpx

Blackpink hangatkan pertempuran PUBG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERMAINAN video PUBG menjalinkan kerjasama dengan kumpulan penyanyi wanita No. 1 Korea Selatan, Blackpink bagi kempen musim baharu.

KEGILAAN anak-anak muda terhadap platform permainan video e-Sukan semakin menjadi fenomena sehingga menyaksikan syarikat pengeluar antarabangsa sentiasa mencari strategi untuk terus menarik minat pengguna.

Terbaharu, permainan video bertemakan battle royale ter­kenal, PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) Mobile me­ngadakan kerjasama dengan kumpulan penyanyi wanita No. 1 Korea Selatan, Blackpink bagi kempen musim baharu kali ini.

Bagi yang tidak mengenali Blackpink, kumpulan terkenal dengan lagu Kill This Love itu terdiri daripada empat gadis jelita iaitu Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa.

Kolaborasi PUBG dan Blackpink mahu lakukan adalah de­ngan memberi karakter khusus buat mereka selain mengesahkan nombor ID dan nama khas bagi setiap ahli kumpulan sekiranya mereka bermain permainan itu pada masa depan.

Ini bukan kali pertama syarikat pencipta PUBG, Tencent be­kerjasama dengan artis antarabangsa kerana mereka sebelum ini pernah berkolaborasi de­ngan pencipta lagu terkenal, Alan Walker pada tahun lalu.

Malah, PUBG turut melakukan crossover dengan filem Godzilla: King of Monsters dan drama bersiri yang bertemakan zombie, Walking Dead sebelum ini.

AHLI kumpulan Blackpink (dari kiri), Rose, Lisa, Jisoo dan Jennie akan mempunyai karakter khusus dengan memiliki nombor ID dan nama khas sekiranya setiap ahli kumpulan tersebut bermain PUBG Mobile pada masa depan.

Jalinan kerjasama antara Blackpink sudah mula dihidu oleh peminat fanatik kumpulan tersebut apabila PUBG memuat naik karakter yang dilihat seolah-olah seperti Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa.

Menurut YG Entertainment, lagu Blackpink berjudul How You Like That akan digunakan sebagai muzik latar untuk permainan video PUBG Mobile.

Bagaimanapun, selepas 2 Oktober, muzik latar akan berubah kepada lagu baharu daripada album penuh pertama Blackpink yang bakal dilancarkan pada hari tersebut.

Selain itu, lagu Blackpink yang bertajuk Playing With Fire turut kedengaran apabila pengguna bermain permainan PUBG dan ia cukup memberi keterujaan buat peminat kumpulan itu yang dikenali sebagai Blinks.

Difahamkan, banyak lagi jenama Blackpink akan dapat dilihat ketika bermain PUBG se­perti tema kapal terbang selain air drop eksklusif yang mengeluarkan asap merah jambu.

Sebagai rekod, PUBG dianggap sebagai permainan video terkenal khususnya buat platform mobile dengan jumlah keseluruhan muat turun yang dibuat sehingga kini lebih 600 juta.

Lebih menarik, PUBG juga te­lah menjadikan Tencent sebagai syarikat pengeluar permainan video paling mewah apabila me­raih keuntungan lebih AS$3 bi­lion (RM12.4 bilion) sejak ia dilancarkan pada 2017.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI