fbpx

Sane nekad bantu Bayern

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANE (kiri) nekad mahu membantu Bayern menjulang Piala Super Eropah sekali gus menjadi trofi pertamanya bersama pasukan itu. – AFP

BUDAPEST – Bintang sayap sensasi Bayern Munich, Leroy Sane tidak sabar untuk membantu pasukan baharunya meneruskan dominasi di pentas antarabangsa dengan menjulang trofi Piala Super Eropah menjelang aksi bertemu Sevilla di Stadium Arena Puskas awal pagi esok.

Sebagai rekod, Bayern yang berjaya menjuarai gelaran trebel musim lalu termasuk menang trofi Liga Juara-Juara Eropah te­lah menguatkan jentera serangan mereka dengan merekrut Sane daripada Manchester City de­ngan nilai perpindahan €50 juta (RM243.4 juta)

Kata Sane, aksi Piala Super Eropah adalah pentas untuknya membuktikan pelaburan kelab The Bavaria yang dikendalikan oleh Hansi Flick untuk menandatanganinya sebagai keputusan yang tepat.

“Ini adalah medan terbaik untuk saya mengorak langkah bersama pasukan Bayern de­ngan membantu pasukan menjuarai trofi pertama musim ini. Bagaimanapun, ia bukanlah aksi yang mudah dengan kualiti yang dimiliki oleh Sevilla.

“Saya harap pasukan dapat berikan yang terbaik kerana apa sahaja boleh berlaku dan paling penting, tidak memandangkan rendah dengan pasukan Sevilla yang boleh memberi kejutan pa­da bila-bila masa,” katanya.

Sementara itu, pemain ber­usia 24 tahun itu enggan mene­rima perbandingan dengan be­­kas pemain sayap legenda Ba­yern, Frank Ribbery atau Arjen Robben selepas gandingannya bersama Serge Gnabry dilihat cukup serasi sebelum ini.

“Saya tidak layak lagi untuk dibandingkan dengan Ribbery atau Robben kerana mereka berdua telah menunjukkan aksi konsisten lebih 10 tahun bersama Bayern. Namun, saya akui sangat selesa untuk berganding dengan Gnabry kerana telah mengena­linya sejak usia belasan tahun,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI