fbpx

Noraini enggan ulas, mahu tumpu PRN Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini (dua kiri) pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Yadim dengan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia dan Institusi Pondok di Bora Ombak Marina Putrajaya, di sini, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

Oleh SUBKHI SUDARJI

PUTRAJAYA – Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad mahu memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 26 September nanti.

Jesteru Ahli Parlimen Parit Sulong itu enggan mengulas lanjut kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu ada ahli Parlimen UMNO menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya mahu fokus kepada pilihan raya Sabah sahaja, fokus utama kita hari mengundi tinggal beberapa hari sahaja. Saya mahu fokus itu sahaja, terima kasih,” jelasnya kepada pemberita.

Anwar semalam membuat kejutan apabila mendakwa menerima sejumlah sokongan daripada Ahli Parlimen Melayu dan Islam bagi menggulingkan kerajaan Perikatan Nasional.

Beliau turut memaklumkan sepatutnya menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam namun pertemuan itu terpaksa ditangguhkan berikutan baginda dimasukkan ke Institut Jantung Negara untuk menerima rawatan.

Terdahulu, Noraini hadir pada majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan Institut Pengajian Tinggi Malaysia dan Institusi Pondok di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI