fbpx

NGO desak ambil tindakan terhadap Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Sophian menunjukkan salinan laporan polis di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini petang tadi.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Pertubuhan bukan kerajaan, Surplus Pulau Pinang mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataannya semalam yang jelas bertentangan dengan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan.

Pengerusinya, Mohd. Sophian Mohd. Zain berkata, tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sememangnya boleh menimbulkan ketidakstabilan politik, ekonomi dan sosial negara ketika dunia masih bergelut dengan pandemik Covid-19.

Menurutnya, berikutan kenyataan tersebut, satu laporan polis terhadap pemimpin parti itu telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada pukul 4.04 petang tadi.

“Laporan dibuat bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas beliau (Anwar) atas tindakan tidak bertanggungjawab membuat pengumuman semalam di saat hanya berbaki beberapa hari sebelum tarikh pembuangan undi Pilihan Raya Negeri (PN) Sabah diadakan.

“Tindakan beliau juga jelas mendahului Yang di-Pertuan Agong dan bertentangan dengan perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada Kosmo! di sini sebentar tadi.

Perkara 43(4) adalah membenarkan Yang di-Pertuan Agong untuk memperkenankan permintaan perdana menteri yang kehilangan undi kepercayaan majoriti bagi pembubaran Parlimen.

Semalam, Anwar menerusi satu sidang akhbar khas mengumumkan telah mempunyai sokongan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Beliau mendakwa yakin mempunyai majoriti hampir dua pertiga Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu sekali gus menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah, Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI