fbpx

Mangsa keempat keracunan gas karbon monoksida sedar dari koma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Aqilah (dalam bulatan) sudah berikan keterangan kepada pihak polis.

SEBERANG PERAI – Seorang mangsa keracunan gas karbon monoksida pada minggu lalu, Nor Aqilah Mohd. Safwan, 21, yang dirawat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur telah sedar dari koma.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, Nor Aqilah bagaimanapun sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital itu.

“Dia telah sedar dari koma dan mengangguk kepala tanda kenal ahli keluarga yang datang melawat,” katanya kepada pemberita di sini sebentar tadi.

Dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Permatang Pauh pada minggu lalu, Nor Aqilah bersama kembarnya, Nor Adilah serta dua rakan, Sharifa Fariesha Syed Fathi dan Ayunie Shazwanie Shabri berusia 21 tahun ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang enjinnya masih hidup ketika sedang berhenti rehat.

Sharifah Fariesha disahkan terkorban di dalam MPV jenis Honda Odyssey itu, manakala Ayunie Shazwanie meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Seberang Jaya di sini akibat keracunan gas karbon monoksida.

Nor Adilah yang dikejarkan ke Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak turut meninggal dunia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI