fbpx

Lebih 70 pokok tumbang akibat ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pokok tumbang dan menghempap bahagian hadapan Dewan Orang Ramai Pinggiran Putra.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

SEPANG – Lebih 70 batang pokok tumbang dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda beberapa lokasi sekitar daerah ini pada petang Selasa lalu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Datuk Abdul Hamid Hussain ketika dihubungi berkata, jumlah kerugian harta benda akibat kejadian itu masih dalam siasatan.

Beliau berkata, kejadian pokok tumbang dikesan paling banyak berlaku di tiga lokasi iaitu Desa Putra, Sungai Merab dan Desa Pinggiran Putra.

“Sejurus kejadian pada petang Selasa lalu, kami segera mengarahkan tindakan pembersihan dan penebangan pokok di lokasi berkenaan terutama yang menghalang laluan.

“Selain itu, beberapa agensi lain termasuk Tenaga Nasional Bhd. (TNB) dan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. turut terbabit membaiki tiang elektrik dan lampu serta menyelenggara bekalan air yang bocor,” katanya.

Katanya, kerja-kerja selenggara dan penebangan pokok masih berjalan sehingga hari ini.

Abdul Hamid berkata, Desa Pinggiran Putra paling teruk terjejas akibat kejadian ribut itu apabila kejadian pokok tumbang dikesan di 11 kawasan.

Dalam kejadian itu, lebih enam buah kereta milik penduduk di Desa Pinggiran Putra yang diletakkan di hadapan rumah rosak teruk akibat dihempap pokok. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI