fbpx

Kedah tunggu MKN putuskan tamat, lanjut PKPD Kota Setar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah perlu menunggu keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sama ada untuk menamatkan atau melanjutkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran Kota Setar.

PKPD Kota Setar yang melibatkan sebanyak 28 mukim di daerah ini dikuatkuasakan pada 11 September lalu dan dijadualkan berakhir esok.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor memberitahu, sebarang keputusan untuk menamatkan, melanjutkan atau melaksanakan PKPD secara lebih bersasar di sesuatu kawasan lebih kecil hanya boleh dibuat oleh pihak MKN.

Kata beliau, pihaknya sudah mengemukakan beberapa cadangan berhubung PKPD Kota Setar, namun beliau tidak dapat mendedahkannya.

“Semua keputusan mengenai PKPD di daerah Kota Setar di bawah kuasa MKN dan kerajaan negeri hanya boleh beri cadangan sahaja.

“Saya tidak boleh maklumkan kepada umum apa cadangan kerajaan negeri namun saya yakin di peringkat MKN dan kerajaan Pusat mereka akan mengambil kira semua faktor yang ada di Kedah sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri berkaitan Covid-19 di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI