fbpx

Kanak-kanak lelaki ditemui di loji rawatan kumbahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis cari waris kanak-kanak lelaki ditemui seorang diri di kawasan loji rawatan kumbahan di Taman Juara Jaya.

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki ditemui berkeliaran sendirian di kawasan loji rawatan kumbahan di Taman Juara Jaya di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, kanak-kanak berusia lingkungan tiga tahun ditemui pada pukul 9.40 pagi.

“Kanak-kanak tersebut ditemui lengkap berpakaian baju-T berwarna merah dan berseluar putih selain tidak memakai kasut di kawasan loji tersebut.

“Sehingga kini, tiada sebarang butiran maklumat berkenaan kanak-kanak lelaki itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kanak-kanak lelaki itu dihantar ke Hospital Kajang dan masih di tempatkan di bahagian kecemasan untuk rawatan lanjut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Mohd. Faeez Norzah di talian 013 277 3407 atau mana-mana balai polis berdekatan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI