fbpx

Jeritan selamatkan peniaga jadi mangsa samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek lelaki warga Rohingya yang berjaya diberkas selepas cuba menyamun peniaga warga emas di Pasar Borong Jalan Meru di sini pagi tadi.

KLANG – Jeritan kuat seorang peniaga wanita warga emas berjaya menyelamatkan dirinya daripada disamun seorang lelaki warga Rohingya yang bersenjatakan pisau sepanjang sembilan sentimeter (cm) dalam kejadian di Pasar Borong Jalan Meru di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, suspek berusia lingkungan 20an itu diberkas oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa berusia 72 tahun itu dalam perjalanan untuk berniaga di pasar borong berkenaan.

Katanya, mangsa kemudianya telah diserang oleh suspek secara tiba-tiba dari arah belakang.

“Terkejut dengan serangan tersebut, mangsa kemudianya bertindak menjerit sebelum didengari oleh orang awam yang membantu dan menahan suspek tersebut.

“Pemeriksaan ke atas suspek menjumpai sebilah pisau sepanjang sembilan cm di dalam beg yang dipakai oleh suspek,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nurulhuda menegaskan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kerugian.

“Suspek kini direman selama lima hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen
392/397 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI