fbpx

Cipta fenomena, 7HM3 temui penonton tahun hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DRAMA bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 akan ada kesinambungan pada tahun depan,

KUALA LUMPUR – Rentetan daripada sambutan luar biasa drama rantaian 7 Hari Mencintaiku 2 (7HM2) yang tamat siaran pada 17 Ogos lalu, stesen TV3 memutuskan untuk menyambung naskhah fenomena berkenaan bagi musim ketiga pada tahun hadapan.

Keputusan untuk menyambung kelangsungan drama bersiri tersebut diumumkan pada parti meraikan kejayaan 7HM2 yang berlangsung di De.Wan@The Linc di sini semalam.

BARISAN karyawan dan pelakon yang hadir ke majlis meraikan kejayaan 7HM2 malam tadi.

Menurut penulis novelnya Siti Rosmizah, drama 7HM2 membuktikan bahawa kerjasama semua yang terlibat termasuk pelakon dan kru produksi menjadi perkara penting kepada kejayaan naskhah itu.

“Kejayaan dua karya saya sudah dijangka sebab melihat kepada jualan novel yang cukup laris. Jadi secara dasarnya, peminat-peminat novel ini sudah sedia ada.

“Saya bersyukur dengan sokongan peminat dan pembaca novel kerana kejayaan ini tidak akan dicapai tanpa mereka. Insya-Allah 7 Hari Mencintakui 3 akan menemui peminat pada tahun hadapan.

“Moga saya sihat untuk terus berkarya. Musim ketiga drama ini adalah hadiah istimewa daripada saya dan TV3,” ujarnya.

Drama 7HM2 yang memulakan siaran pada 2 Julai lalu mencipta fenomena selepas meraih jumlah tontonan sebanyak 12 juta untuk 33 episod yang bersiaran.

Malah naskhah yang menggandingkan pasangan serasi Shukri Yahaya dan Siti Saleha sebagai suami isteri itu mencatat jumlah tontonan sebanyak lima juta untuk episod akhir.

Bukan sekadar kisah cinta Khuzairi (Shukri) dan Mia Adriana (Saleha), namun watak-watak lain seperti Mak Leha lakonan Liza Abdullah serta Nurul Ain (Wafariena Roslan) menjadi bahan topik perbualan kerana berjaya memberi impak sakit hati kepada penonton. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI