fbpx

China urus ratusan pusat tahanan Uighur di Xinjiang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR dirakam pada 30 Mei 2019 menunjukkan menara kawalan di sebuah fasiliti kawalan keselamatan ketat di pinggir bandar Hotan, wilayah Xinjiang. - AFP

SYDNEY, Australia – Beijing didakwa mengendalikan beratus-ratus pusat tahanan di wilayah Xinjiang, barat laut China iaitu lebih besar daripada jumlah yang dianggarkan sebelum ini, demikian menurut kajian yang dibentangkan oleh sebuah kumpulan pemikir Australia hari ini.

Institut Dasar Strategik Australia (ASPI) menyatakan, pihaknya mengenal pasti lebih 380 fasiliti yang disyaki pusat tahanan di wilayah berkenaan. China dipercayai menahan lebih satu juta etnik Islam Uighur dan penduduk beragama Islam lain di Xinjiang.

Bilangan kem tahanan itu adalah sekitar 40 peratus lebih banyak daripada anggaran sebelumnya, kata ASPI dan terus meningkat walaupun Beijing mendakwa bahawa ramai penduduk Islam Uighur telah dibebaskan.

Menerusi pengimejan satelit, keterangan saksi-saksi, laporan media dan dokumen tender rasmi, ASPI menyatakan, sekurang-kurangnya 61 lokasi pusat tahanan menyaksikan pembinaan baharu dan kerja perluasan antara Julai 2019 hingga Julai 2020.

Sebanyak 14 fasiliti lain sedang dibina tahun ini dan sekitar 70 telah dirombak pagar atau temboknya, menunjukkan pusat tahanan tersebut berubah kegunaannya atau telah ditutup.

Beijing hari ini sekali lagi menafikan kewujudan pusat-pusat tahanan tersebut. Pemerintah komunis sebaliknya berkata, ia adalah pusat latihan vokasional digunakan untuk memerangi fahaman ekstremis. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI