BRASILIA – Sesi latihan skuad bola sepak wanita kebangsaan Brazil tergendala selepas kehadiran seekor burung kakaktua besar di sebuah padang bola di bandar Rio de Janeiro baru-baru ini, lapor portal UPI.
Seorang pemain bahagian pertahanan, Bruna Benites yang membuat perkongsian insiden itu di Instagram menunjukkan burung itu hinggap di atas kepalanya sebelum terbang semula ke atas tiang gol.
View this post on InstagramA post shared by ✨Bruna Benites✨ (@brunabenites) on
“Burung itu sebenarnya kerap melawat ke kawasan padang bola sepak iaitu tempat kami berlatih tetapi ini adalah kali ia terbang ke arah kami.
“Burung berwaarna biru dan kuning itu milik satu keluarga yang menetap di Rio de Janeiro dan saya difahamkan ia tidak dikurung dan dibiarkan bebas kerana sentiasa akan pulang ke rumah selepas keluar,” katanya.
Dalam pada itu, Benites menyeru orang ramai agar mengambil berat soal memelihara alam sekitar yang menjadi habitat asal hidupan liar dan burung.
“Saya mengambil kesempatan ini untuk meluahkan rasa sedih dengan insiden kebakaran yang berlaku di kawasan paya Pantanal.
“Beribu-ribu haiwan mati akibat kebakaran dan jika ia berterusan, momen seperti dalam video ini tidak dapat disaksikan lagi. Mari kita sama-sama jaga warisan terbesar iaitu alam semula jadi,” tulisnya. – Agensi