fbpx

Azli kini jadi usahawan udang kara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azli menunjukkan sebahagian udang kara yang dibela di rumahnya di Gua Musang semalam.

Oleh AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Remaja ter­tinggi di negara ini berhasrat menjadi usahawan berjaya apabila kini menternak 2,000 ekor udang kara di rumahnya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Paloh 3 di sini.

Mohd. Azli Hisyam Abdul Ghafar, 26, berkata, bermula de­ngan menternak enam ekor udang kara, spesies itu semakin membiak dengan mendadak kepada ribuan ekor sejak beberapa bulan lalu.

Katanya, usahanya itu turut dibantu abang dan bapa yang banyak memberi semangat dan dorongan.

“Saya kini menternak udang kara dalam bangunan khas yang disediakan pihak Pihak Berkuasa­ Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) untuk projek itu.

“Saya gembira apabila ha­nya bermula dengan enam ekor udang akhirnya semakin membiak sehingga bertambah kepada 2,000 ekor sekarang ini,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Jelas Mohd. Azli Hisyam, ke­lebihan menternak udang kara antaranya dia akan memperoleh hasil selepas tempoh 3 hingga 4 bulan selain kosnya juga murah jika diternak sendiri di rumah.

Katanya, harga udang kara juga tinggi apabila ia boleh mencecah RM120 sekilogram ketika ini.

“Saya membuat pilihan untuk menjadi penternak dan usahawan kerana saya tidak dapat pekerjaan lain termasuk di jabatan kerajaan atau swasta.

“Pada asalnya saya bercita-cita menjadi anggota tentera, tetapi akibat ketinggian badan 2.2 meter menyebabkan saya sudah hilang kelayakan,” katanya.

Mohd. Azli Hisyam juga ber­kata, fokusnya ketika ini hanyalah untuk menambah pendapatan keluarga dan membantu ibunya, Halimah Kunju Mohamad, 63, dan bapanya Abdul Ghafar Omar, 74, yang sudah berusia.

Katanya, ketika ini dia hanya memikirkan perihal pekerjaan dan tidak memikirkan lagi soal lain termasuk untuk mendirikan rumah tangga.

“Saya belum lagi mempunyai teman wanita dan tidak berhasrat untuk bercinta.

“Kemungkinan ketinggian fizikal saya menyebabkan keba­nyakan perempuan takut untuk dekat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI