fbpx

Andreescu tidak sertai Terbuka Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANDREESCU mahu menumpukan perhatian kepada proses pemulihan lututnya dan membuat keputusan tidak menyertai Terbuka Perancis. – AFP

LONDON – Bintang tenis Kanada, Bianca Andreescu membuat keputusan untuk menarik diri daripada me­nyertai Grand Slam Terbuka Perancis bagi memberi tum­puan kepada proses pemulihan akibat kecederaan lutut yang dialaminya sebelum ini.

Pemain No. 7 dunia itu sebelum ini turut membuat keputusan mengejut untuk tidak mempertahankan ge­laran mahkota Terbuka Amerika­ Syarikat (AS) bulan lalu selepas me­nga­kui masih belum pulih daripada kece­deraan.

Andreescu tidak beraksi sejak Final WTA di Shenzhen tahun lalu di mana dia menarik diri akibat kecederaan lutut yang juga membuatnya terkeluar dari Terbuka Australia pada bulan Januari.

“Saya telah membuat keputusan yang sukar untuk tidak menyertai kejohanan tanah liat ini dan mahu berehat sepanjang tahun ini bagi memberi tumpuan kepada proses pemulihan kecederaan yang saya alami sebelum ini.

“Sukar untuk saya katakan kerana tahun depan terdapat banyak kejohanan penting untuk saya sertai termasuk Sukan Olimpik.

“Saya mahu menggunakan masa ini untuk memberi tumpuan kepada permainan saya sehingga saya dapat kembali dengan aksi 100 peratus terbaik tanpa sebarang gangguan kecederaan,” katanya.

Kecederaan yang dialami Andreescu sekaligus menutup pencapaian cemerlangnya sepanjang musim lalu.

Dia yang bermula di ranking ke-178 pada tahun lalu kemudian meningkat naik selepas meraih Grand Slam pertama selepas berjaya menewaskan Serena Williams pada aksi final Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN