KUALA LUMPUR – AmBank akan menawarkan bantuan pembayaran untuk pelanggan di cawangan tertentunya yang akan beroperasi pada 25, 26 & 27 September ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam, perkhidmatan perbankan yang dibuka pada hujung minggu ini bertujuan untuk melayan pelanggan yang memerlukan bantuan berhubung bantuan pembayaran balik selepas berakhirnya moratorium.
Para pelanggan digalakkan melayari website, ambank.com.my/RA dengan segera untuk maklumat lanjut dan bantuan.
Selain itu, pelanggan juga boleh menghubungi pusat panggilan AmBank di talian 03-2178 8888 untuk pelanggan individu manakala di talian 03-2178 3188 untuk pelanggan Perusahaan Kecil dan Sederhana.