fbpx

71 kes Covid-19, tiada kluster baharu dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Sebanyak 71 kes baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah positif kes positif Covid-19 sebanyak 10,576 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 69 kes adalah penularan tempatan manakala dua lagi kes import.

Menurutnya, Sabah merekodkan 63 kes baharu termasuk 47 kes daripada Kluster Bangau-Bangau, Kluster Laut (10) dan
Kluster Benteng LD (satu).

“Dua kes tempatan lain merupakan saringan kemasukan ke hospital melibatkan seorang warga Malaysia dan seorang warga asing.

“Selain itu, masing-masing satu kes melibatkan warga Malaysia iaitu saringan rujukan ke Hospital Tawau, saringan praprosedur di Hospital Semporna serta saringan bergejala di pusat perubatan dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, empat kes baharu dilaporkan di Kluster Sungai manakala di Selangor, dua kes saringan bergejala melibatkan warga Malaysia dan mereka mempunyai sejarah pulang dari Semporna, Sabah.

Bagi kes import, beliau berkata, ia membabitkan warga asing yang mendapat jangkitan dari Singapura dan pendatang asing tanpa izin dari Indonesia.

“Enam kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan dua kes memerlukan bantuan pernafasan serta tiada pertambahan kes kematian sekali gus kekal 133 kes. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI