fbpx

6,474 kg sampah dikutip SWM Environment

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sukarelawan mengumpulkan sampah yang dikutip sempena World Cleanup Day 2020 anjuran SWM Environment, Selasa lalu.

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Sebanyak 6,474 kilogram (kg) sisa sampah sarap dikutip SWM Environment Sdn. Bhd. menerusi program World Cleanup Day 2020 yang dijalankan pihaknya di 11 lokasi seluruh Johor, Selasa lalu.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd. Norlisam Mohd. Nordin berkata, program itu disertai seramai 1,400 sukarelawan daripada 53 organisasi berbeza.

Katanya, tujuan utama program itu adalah untuk menjayakan matlamat kerajaan menjadikan Malaysia negara bersih.

“Program ini disertai sukarelawan daripada pelbagai latar belakang antaranya pelajar institusi pengajian tinggi, pertubuhan bukan kerajaan, agensi awam serta swasta.

“Sukarelawan turut diberi taklimat tentang pengurusan sisa pepejal secara berhemah, pembudayaan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca serta pengenalan program kitar semula berganjaran,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Program yang dilaksanakan dengan kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib di Kampung Ladang dan Kampung Pendas Baru, Gelang Patah.

Antara lokasi terlibat termasuklah Pantai Senibong di Johor Bahru, Pantai Seri Menanti di Muar, Gunung Lambak di Kluang dan Gunung Pulai di Kulai.

Tambah Mohd. Norlisam, SWM Environment turut mengadakan aktiviti pembersihan pantai secara serentak yang mendapat kerjasama dan sokongan Coca-Cola Bottlers Malaysia Sdn. Bhd. (Coca-Cola) bertempat di Pantai Teluk Gorek, Mersing dan Pantai Perpat, Batu Pahat.

“Aktiviti pembersihan ini bertemakan Sinergi Untuk Ekologi Bersama dengan matlamat memulihara hidupan marin dan seterusnya mengekalkan kelestarian ekosistem demi kesinambungan generasi masa hadapan,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI