fbpx

Wanita parah tercampak ke dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang mengangkat mangsa keluar daripada longkang setelah terlibat dalam kemalangan di Jalan Kapar, Klang.

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

KLANG – Seorang wanita parah selepas tercampak ke dalam longkang sedalam kira-kira satu meter selepas melanggar sebuah kereta di Kampung Batu Tiga, Jalan Kapar, di sini, awal pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10.20 pagi, ketika mangsa berusia 33 tahun yang menunggang motosikal itu dipercayai melulu masuk simpang empat jalan tersebut.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Bonny Martin berkata, berdasarkan maklumat awal mendapati kegagalan mangsa mengakibatkannya melanggar bahagian tepi sebuah kereta.

Menurutnya, seramai tujuh anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 10.30 pagi.

“Mangsa kemudiannya diangkat dari longkang tersebut dan pemeriksaan awal mendapati patah tulang paha.

“Wanita itu kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Tambah beliau, pemandu kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan kerja-kerja membersihkan jalan raya akibat tumpahan minyak petrol turut dijalankan pihaknya.- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI