fbpx

‘Tidak ada apa-apa yang tumbang atau jatuh’ – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar ciapan Khairy di laman akaun Twitternya.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – “Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Tidak ada apa-apa yang tumbang atau jatuh,” ciap Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi akaun Twitternya sebentar tadi.

Kenyataan Ahli Parlimen Rembau itu merujuk kepada kenyataan  Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tengah hari tadi yang mendakwa mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan baharu.

Difahamkan, Khairy mendakwa, kerajaan sedia ada masih lagi dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tidak ‘tumbang’ seperti didakwa Ahli Parlimen Port Dickson itu.

Pada sidang akhbar tengah hari tadi, Anwar mendakwa beliau sudah mendapat majoriti kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Namun, tidak menyebut berapa kerusi diperoleh dan memaklumkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat bagi memaklumkan sokongan yang diperolehnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI