fbpx

Terima rasuah RM1,000, kena denda RM6,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh, Mohd. Azizul (kiri) dan Mohd. Iskandar (belakang) didenda RM6,000 selepas mengaku bersalah atas kesalahan menerima suapan RM1,000 di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Dua kontraktor pendawaian elektrik dijatuhi hukuman denda RM6,000 setiap seorang oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menerima rasuah RM1,000, dua tahun lalu.

Hakim Kamarudin Kamsun membuat keputusan itu selepas kedua-dua tertuduh, Mohd. Azizul Saripudin, 31, dan Mohd. Iskandar Rosly, 30, mengaku bersalah selepas kertas pendakwaan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Kamarudin turut memerintahkan mereka dipenjara enam bulan sekiranya tidak mampu membayar denda.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 4.10 petang di sebuah restoran di Bukit Saujana, pada 11 Januari 2018.

Mereka didakwa menipu seorang lelaki dengan memperdayakannya untuk mendapatkan pengurangan jumlah denda yang dikenakan terhadap lelaki itu atas kesalahan melakukan pengubahsuaian kotak meter elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Perbuatan itu telah mendorong mangsa menyerahkan wang tunai bernilai RM1,000 kepada kedua tertuduh.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Undang-undang Malaysia Akta 694) dan boleh dihukum dibawah Seksyen 24 (1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Tertuduh turut ditawarkan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dengan penjara sehingga dua tahun atau denda atau keduanya atas kesalahan sama kerana menggunakan dokumen sebut harga palsu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muhammad Azriff Firdaus Ali, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI