fbpx

Seramai 65 ingkar PKPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI

PUTRAJAYA – Seramai 65 individu ditahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan tangkapan paling tinggi sebanyak 35 membabitkan kesalahan tidak memakai pelitup muka.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan lain yang dikesan termasuklah premis beroperasi tanpa kebenaran (lapan), penjarakan fizikal (tujuh), keluar rumah tanpa alasan munasabah di kawasan PKPD (tujuh) dan gagal menyediakan peralatan serta merekod butiran pelanggan (empat).

Turut ditahan adalah kesalahan masing-masing tiga dan satu tangkapan melibatkan kesalahan masuk kawasan PKPD tanpa alasan munasabah dan gagal membayar caj kuarantin

“Daripada jumlah itu, seramai 63 individu dikompaun manakala dua individu direman,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, seramai 32 pendatang asing tanpa izin (PATI), empat penyeludup dan seorang tekong ditahan menerusi Operasi Benteng.

Turut dirampas adalah sebuah bot dan tiga buah kenderaan darat.

Dalam pada itu, katanya, seramai 32,963 individu pulang ke tanah air dari 24 Julai hingga 22 September lalu dan ditempatkan di 75 stesen kuarantin yang ditetapkan.

Daripada jumlah itu, seramai 8,240 individu menjalani proses kuarantin wajib manakala 71 lagi telah dihantar ke hospital.

Sementara itu, sebanyak 17 operasi sanitasi meliputi dua zon merah, tujuh zon kuning dan tujuh zon hijau membabitkan lima negeri dibuat Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Sebanyak tujuh operasi di Sabah, Kedah (enam), Pulau Pinang (dua) dan masing-masing satu di Pahang dan Melaka,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI