fbpx

Saksi kes dadah diminta tampil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Ibrahim diminta tampil ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di George Town di sini untuk perbicaraan kes dadah.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Seorang lelaki warga emas dikehendaki hadir ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini pada 29 September hingga 1 Oktober ini untuk perbicaraan membabitkan kes dadah.

Mohamad Ibrahim Mohamad, 67, yang beralamat terakhir di No. 10, Persiaran Seksyen 6/4, Bertam Putra, Seberang Perai Utara itu diminta tampil memberi keterangan bersangkut kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber polis berkata, pihaknya sedang mengesan saksi tersebut untuk menghadirkan diri ke mahkamah pada 29 dan 30 September serta 1 Oktober ini pada pukul 9 pagi.

“Kami meminta kerjasama orang ramai atau mana-mana individu membantu menyalurkan maklumat kepada polis,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Inspektor Yohani Mohd. Nor di talian 012-415 3396. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI