fbpx

Pencukur elektrik kalis air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENCUKUR elektrik ini dikuasakan dengan motor Mabuchi 260.

PENCUKUR elektrik boleh dianggap sebagai satu keperluan bagi golongan lelaki mahupun wanita masa kini.

Pelbagai pencukur elektrik daripada pelbagai jenama boleh didapati di pasaran.

Xiaomi Malaysia turut tidak ketinggalan mengeluarkan peranti tersebut. Syarikat itu mempertaruhkan pencukur elektrik Mi Electric Shaver S500.

Peranti tersebut menggunakan motor Mabuchi 260 yang mempunyai daya kuasa tinggi untuk menggerakkan pisau berputar 360 darjah sekali gus cukuran dapat dilakukan di setiap sudut.

Selain itu, pencukur elektrik ini turut memiliki kelajuan putaran dengan dua mod berbeza.

Pencukur ini direka dalam bentuk tiga bilah yang membolehkannya menjangkau setiap sudut dengan berkesan.

Peranti ini juga kalis air dan boleh dicuci menggunakan air dengan mudah.

Di samping itu, pada pencukur ini terdapat skrin LED yang menunjukkan status bateri sekali gus membolehkan pengguna mengetahui tahap bateri semasa.

Pencukur elektrik ini menggunakan port pengecasan jenis C sama seperti telefon pintar.

Ini bermakna, pengecas telefon pintar juga boleh digunakan untuk mengecas bateri peranti ini.
Bagi sekali pengecasan penuh, peranti ini mampu bertahan sehingga dua bulan penggunaan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI