fbpx

Obsesi senaman kebahagiaan Gong Yoo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GONG YOO

MELALUI fasa usia lebih 40 tahun, aktor popular Gong Yoo mengakui banyak menghabiskan masa memanjakan diri dengan cara melancong ke luar
negara untuk tempoh yang panjang selain bersenam demi menjaga kesihatan.

Memikirkan usia yang bukan lagi muda, Gong Yoo berkata, dia berusaha melakukan senaman setiap hari dengan konsisten.

“Tidak kira penat macam mana sekali pun, saya akan ke gimnasium. Rasanya seperti satu obsesi. Saya perlu bersenam supaya dapat melancarkan sistem pencernaan.

“Sekarang usia saya sudah melebihi 40 tahun, badan memang tidak boleh menipu kita. Sekali pun tidak dapat ke gimnasium, saya akan tetap bersenam di rumah,” ujarnya.

Aktor drama Goblin itu turut mengakui kesihatan dalaman juga sangat penting untuk dirinya menikmati fasa kehidupan tanpa mempedulikan apa yang difikirkan orang lain.

“Pada usia sekarang, kehidupan saya lebih tenang dan teratur.

“Dahulu, saya sangat benci jika orang mengkritik atau ambil peduli tentang saya, sekarang tidak lagi. Saya terlepas banyak memori manis disebabkan terlalu memikirkan kata-kata orang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI