fbpx

Nurflix.Tv meterai MoU bersama UiTM, IWS, AMS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri : Rashid, Razak, Syah dan Suaid selepas majlis menandatangani MoU dalam meningkatkan platform penstriman digital baharu Nurflix.TV di Hotel Accapela di sini hari ini. - Foto ZULFADHLI ZAKI

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM – Platform penstriman digital baharu, Nurlfix.TV meningkatkan kandungan penerbitan dan teknologi platformnya bagi memastikan salurannya berfungsi di tahap maksima menjelang pelancarannya Januari 2021.

Langkah itu dicapai melalui memorandum persefahaman (MoU) bersama Universiti Teknologi Mara ( UiTM), Iskandar Malaysia Studios (IMS) dan Amazon Web Services (AWS).

Pengerusi Nurflix.TV, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir berkata, ketiga-tiga pihak itu mempunyai kepakaran tertentu yang dapat memastikan kelancaran operasi penstriman tersebut untuk tontonan masyarakat.

Katanya, Nurflix akan hadir dengan kandungan berunsur patut syariah dan menjadi pilihan ibu bapa yang menginginkan paparan selamat ditonton terutama kanak-kanak.

“UiTM akan membantu dari segi kepakaran dalam pelbagai bidang penerbitan kandungan manakala IMS dan AWS menumpukan kepada penggunaan teknologi serta infrastruktur selain penyediaan teknologi platform Nurflix.TV sendiri.

“Nurflix dibangunkan dalam membuka lebih peluang kerja, penjanaan ekonomi industri media dan pembelajaran,” katanya.

Terdahulu beliau menyaksikan majlis menandatangani MoU antara Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) Nurflix, Syah Mohamed ; CEO IMS, Rashid Karim; Dekan Fakulti Files Teater dan Animasi UiTM, Datuk Prof. Dr. A. Razak Mohaideen dan Pengurus Jualan AWS, Suaid Ishak.

Pada majlis sama Nurflix.TV turut melancarkan program Nurkids dan Turath yang akan memberi variasi pada kandungan platform penstriman tersebut.

Nurkids akan menyasarkan penonton dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di bawah usia 15 tahun sementara Turath pula program yang memfokuskan kepada pengajian kitab tradisional.

Mengulas lanjut, Syed Zainal yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) menegaskan, saluran ini akan secara langsung mendedahkan pelajar UiTM terhadap dunia penerbitan dan lakonan sebenar. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI