fbpx

Luqman Faiz diganggu peminat gila seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Luqman Faiz

KUALA LUMPUR – Penyanyi semakin meningkat naik, Luqman Faiz, 20, mendedahkan dirinya diganggu mesej-mesej berbaur lucah daripada pengikut akaun Twitternya.

Perkara tersebut dimuat naik oleh Luqman dalam tangkap layar menerusi satu ciapan yang memaparkan seorang pengguna Twitter wanita menghantar mesej lucah kepadanya.

Tangkap layar yang memaparkan mesej lucah dihantar oleh seorang wanita dikongsikan Luqman menerusi akaun Twitternya.

Dalam tangkap layar berkenaan, wanita itu dilihat meminta kemaluan Luqman, namun tidak diketahui motifnya, sama ada bergurau atau serius.

“You, nak d**k you boleh tak?. Baby,” ujar pengguna tersebut.

Bagaimanapun, Luqman dalam nada berseloroh membalas mesej tersebut dan mengajak pemilik akaun itu untuk bertemu di bawah Jambatan Pulau Pinang.

“Bawah jambatan Pulau Pinang ‘onz’ juga,” jawab penyanyi lagu Kepuraanmu itu.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian pengguna Twitter lain dan rata-ratanya menyakat penyanyi muda itu pula.

“Jambatan mana satu? Tiang ke berapa? Beritahu dia siap-siap, kesian dia tunggu lama nanti,” ujar seorang pengikutnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI