fbpx

GPS ‘sokong’ Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alaxander Nanta Linggi

KUALA LUMPUR- Semua ahli parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus berdiri dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tanpa berbelah bahagi.

Setiausaha Agung Partinya, Datuk Alaxander Nanta Linggi berkata, GPS sama sekali tidak menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menolak dakwaan yang cuba mengaitkan gabungan itu dengan parti komponen Pakatan Harapan (PH).

Sehubungan itu, Alanxander menyeru Anwar menghentikan segala tindakan beliau sebelum ini yang dilihat hanya mendatangkan kekecohan kepada situasi politik negara.

“Kami dari GPS tidak pernah tinggal Muyiddin. GPS memang teguh dengan Perikatan Nasional (PN).

“Cukuplah Anwar.Kita perlukan kestabilan politik demi kepentingan semua,” katanya ketika dihubungi hari ini. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI