fbpx

Gabungan PN kekal teguh bersama PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Semua parti yang bekerjasama dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini kekal berdiri teguh menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pendirian itu dinyatakan menerusi satu kenyataan bersama oleh semua Setiausaha Agong gabungan tersebut yang terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan  Parti Islam SeMalaysia (Pas).

Turut berada dalam gabungan itu ialah Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (STAR).

Justeru, mereka menyangkal dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya beliau mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan.

“Kenyataan beliau itu tidak lebih hanya merupakan satu lagi ulangan publisiti murahan seperti yang pernah berkali-kali dilakukan sebelum ini.

“Tindakan terbaharu beliau ini juga menyerlahkan sikap rakus dan gila kuasa beliau yang ternyata sama sekali tidak mempedulikan soal kestabilan politik dan ekonomi negara serta nasib rakyat yang terjejas teruk akibat Covid-19,” katanya.

Jelas kenyataan tersebut, gabungan PN yakin rakyat akan bangkit menolak politik sedemikian malah akan bersama-sama menyokong kerajaan PN pimpinan Muhyiddin yang sentiasa prihatin akan kebajikan rakyat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI