fbpx

Dua maut, dua parah dalam nahas tiga buah lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID

Lai Wan Peng

ALOR GAJAH – Pemandu lori dan kelindannya maut, manakala dua lagi parah dalam nahas membabitkan tiga buah lori di Kilometer 221.6 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Rembau pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Melaka, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.05 pagi tadi ketika semua kenderaan berat itu dalam perjalanan dari arah utara ke selatan.

Menurutnya, mangsa yang maut adalah pemandu lori, Lai Wan Peng, 52, dan kelindannya dikenali sebagai Muhammad Dehya’ Al Qalbi Sharuddin, 27.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku berpunca daripada sebuah lori muatan serbuk soya telah rosak dan terhenti di antara lorong kiri dan lorong kecemasan.

“Pada masa sama, sebuah lagi lori membawa muatan papan yang bergerak di lorong kiri telah merempuh belakang lori serbuk soya. Lori muatan plastik dipandu Wan Peng pula merempuh belakang lori muatan papan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, akibat rempuhan itu, Wan Peng dan Muhammad Dehya’ disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit.

Katanya,  kelindan lori muatan papan patah kaki dan pemandunya pula cedera pada kepala kemudiannya dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk rawatan lanjut.

“Ketika kejadian cuaca baik dan jalan mendaki bukit. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Soon We Kiang berkata, tiga buah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah  serta Rembau dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Dua mangsa lelaki yang meninggal dunia adalah pemandu dan kelindan lori 10 tan akibat tersepit di ruang pemandu dan memerlukan kren untuk mengalihkan lori berkenaan,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI