fbpx

Bunuh John Lennon untuk jadi popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yoko Ono bergambar hadir pada satu sesi amal memperingati mendiang suami, John Lennon di Saitama, Tokyo pada , 9 Disember 2002. - AFP

LONDON – Pembunuh penya­nyi legenda, John Lennon meminta maaf kepada Yoko Ono dan memberitahu bahawa dia sentiasa berfikir mengenai ‘perbuatan keji’ itu, lapor Daily Mail semalam.

Mark David Chapman, 65, dinafikan parol kali ke-11 selepas satu pendengaran bulan lalu. Dia dipenjara sejak membunuh bekas anggota kumpulan Beatles itu di Manhattan, Bandar Raya New York di Amerika Syarikat pada Disember 1980.

Chapman menembak Lennon empat kali di luar bangunan apartmen Dakota di kejiranan Upper West Side sambil disaksikan Ono.

Satu transkrip pendengaran parol mendedahkan panel menolak pembebasan Chapman atas alasan ‘ia tidak sesuai untuk kebaikan masyarakat’.

Semasa pendengaran, Chapman menyatakan dia membunuh Lennon, 40, kerana ‘kegemila­ngan’ dan mengakui dia sepatutnya menerima hukuman mati.

“Saya cuma mahu mengulangi bahawa saya minta maaf atas jenayah (saya). Ini hanya untuk kegemilangan diri sendiri. Saya fikir ini adalah jenayah paling te­ruk dilakukan ke atas seseorang yang tidak bersalah.

“Dia (Lennon) amat terkenal. Saya tidak membunuhnya kera­na sifat atau keperibadiannya. Dia lelaki berkeluarga. Dia bercakap tentang perkara benar,” katanya.

Pendengaran berlangsung pa­da 19 Ogos lalu di Pusat Pemulihan Wende di New York, di mana Chapman dipenjara sejak lapan tahun lalu.

“Saya membunuh dia. Alasan­nya seperti yang kamu dengar sebelum ini kerana dia amat ter­kenal. Dan satu-satunya sebab (membunuh) ialah saya amat dahagakan kegemilangan diri sendiri, sangat pentingkan diri.

“Saya mahu nyatakan semula. Ini satu perbuatan mementingkan diri sendiri.

“Saya minta maaf terhadap kesakitan yang terpaksa dilalui­nya (Ono),” katanya.

Chapman berumur 25 tahun semasa dia membunuh Lennon dan dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun. Pesalah itu sudah berkahwin dan isterinya, 69, kini menetap dekat kawasan penjara.

Dia kini perlu menjalani kehidupan dipenjara selama dua tahun lagi sebelum pendengaran parol seterusnya pada Ogos 2022. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI