fbpx

Bekas Penolong Pengarah SME Corp Terengganu didakwa salah guna kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Halimah (tengah) didakwa menyalah guna kuasa untuk mendapatkan suapan dengan meluluskan kontrak syarikat pembersihan yang mempunyai kepentingan dengan dirinya di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Bekas Penolong Penolong Pengarah SME Corp Terengganu dihadapkan ke Mahkamah Sesyuen di sini hari ini atas empat pertuduhan menyalahguna kuasa untuk mendapatkan suapan pada dua tahun lalu.

Tertuduh, Halimah Musa Brahim, 42, yang kini berkhidmat sebagai penolong pegawai hal ehwal ekonomi agensi sama di Kuala Lumpur mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jamaludin Mat.

Berdasarkan kesemua pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan dengan menyokong pengesahan kerja-kerja pembersihan pejabat SME Corp Terengganu oleh NDZ Creative Resources yang mempunyai kepentingan dengan dirinya.

Ia melibatkan nilai kontrak berjumlah RM29,700 bermula dari September 2015 hingga Julai 2018.

Halimah didakwa melakukan perbuatan tersebut di Pejabat SME Corp Terengganu di sini dari 1 Oktober 2015 hingga 12 Ogos 2018.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hamizah Ghazali manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd. Fadly Yaacob. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI