fbpx

Anwar terdesak cuba rampas kuasa – Annuar Musa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar Musa.

Oleh NUR HUDA MUSA

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah percubaan memecahkan solidariti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Annuar melalui laman Twitternya berkata, dakwaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyatakan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah tumbang itu turut melunturkan penguasaan kerajaan pusat.

“Kenyataan Anwar adalah percubaan memecah solidariti GRS dan melunturkan ‘incumbancy’ kerajaan pusat.

“Dengan itu, dia harap dapat kelebihan kepada Warisan Plus. Ini sikapnya dari dulu tanpa peduli kesan buruk kepada kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Katanya, dakwaan Anwar yang mengatakan telah memperoleh sokongan majoriti Ahli Parlimen bagi membentuk kerajaan baharu itu juga ialah satu cubaan untuk merampas kuasa.

“Setelah gagal menghalang usaha mencabar kesahihan Pengampunan Diraja di mahkamah, beliau ternyata terdesak cuba merampas kuasa sebagai jalan terakhir untuk mengelak sesuatu yang paling tidak diingininya,” tegasnya.

Dalam pada itu, Annuar turut berkata, Bursa Saham sekali lagi merudum akibat daripada tindakan Presiden PKR itu.

“Sekali lagi Bursa Saham merudum akibat Anwar. Pelabur kerugian berjuta. Hadiah dari DSAI (Anwar Ibrahim) menjelang PRN (Pilihan Raya Negeri) Sabah. Ada dia peduli?,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI