fbpx

Amanah beri sokongan penuh kepimpinanan Anwar untuk bentuk kerajaan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menyatakan sokongan sepenuhnya kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu melalui satu kenyataan mengesahkan perkara tersebut sekali gus menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

“Kami mengambil maklum pengumuman dibuat oleh Pengerusi PH itu yang mendakwa telah memperoleh sokongan majoriti ahli parlimen.

“Kesemua 11 ahli parlimen Amanah, memberikan kepercayaan kepada beliau untuk membentuk kerajaan baharu,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Terdahulu, Anwar dalam satu sidang akhbar hari ini mengumumkan telah berjaya mendapat sokongan majoriti ahli parlimen bagi membentuk kerajaan baharu.

Sehubungan itu, beliau yang juga pemimpin PH mendakwa, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah tumbang.

Bagaimanapun, beliau berkata, makluman dan langkah selanjutnya berhubung pembentukan kerajaan baharu akan beliau umumkan selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh terdekat. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI