fbpx

Almari penuh, Anzalna terpaksa jual pakaian anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EKORAN almari baju sudah penuh, Anzalna terpaksa menjual pakaian anaknya secara atas talian.

KUALA LUMPUR – Akibat terlalu banyak membeli pakaian anak, pelakon Anzalna Nasir terpaksa menyedekahkan dan menjual baju-baju anak lelakinya secara atas talian.

Menurut Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir, 32, dia terpaksa berbuat demikian kerana tidak mempunyai tempat lagi untuk menyimpan baju-baju berkenaan.

“Saya nak ‘buang’ semua pakaian Eidrees yang tak muat untuk dipakai sebab nak masuk baju-baju baru. Almari dah penuh, mommy terlebih berbelanja untuk baju anak!

“Ini baju-baju keluar rumah, baju-baju duduk rumah pun penuh juga! Pening tak ada tempat nak simpan. Nak suruh Hanif buatkan almari baru takut kena bising,” katanya dalam satu perkongsian menerusi Instagramnya.

Tambah pelakon Memori Cinta Suraya itu, sesetengah baju sudah disedekahkan tetapi ada juga yang hendak dijual secara online dengan harga murah.

“Ada baju yang belum dipakai daripada jenama Mothercare, Gucci, Versace, Dior dan Fendi.

“Jika berminat untuk membeli, bolehlah ikuti akaun Instagram @ @prelovedbyeidrees. Nanti saya muat naik gambar-gambar baju ini, nantikan,” katanya lagi.

Anzalna mendirikan rumah tangga dengan usahawan Hanif Zaki pada pada 21 Februari 2016.

Hasil perkahwinan Anzalna dan Hanif, pasangan tersebut dikurniakan cahaya mata pertama, Mohamad Eidrees yang kini sudah berusia setahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI