fbpx

Pirlo bakal rehatkan Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO akan diturunkan pada aksi tertentu sahaja untuk memastikan dia terus kekal cergas terutama untuk aksi berprofil tinggi. – AFP

TURIN – Ketua jurulatih Juventus, Andrea Pirlo mengakui pasukannya tidak boleh terlalu bergantung dengan penyerang sensasi, Cristiano Ronaldo yang memberikan impak selepas mereka meraih kemenangan 3-0 ke atas Samdoria pada aksi pembukaan Serie A awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, The Old Lady yang memburu gelaran Serie A ke-10 berturut-turut memulakan kempen dengan langkah kanan selepas meraih gol menerusi jaringan Dejan Kulusevski, Leonardo Bonucci dan Ronaldo.

Kata Pirlo, perancangan sudah ada buat penyerang antarabangsa Portugal itu seperti merehatkannya pada beberapa perlawanan musim ini memandangkan usianya kini sudah mencecah 35 tahun.

“Saya sudah bercakap dengan Ronaldo bahawa dia tidak boleh lagi diturunkan pada setiap perlawanan kerana mahu memastikan dia dapat mengekalkan kecergasan kerana kita bakal mengharungi musim yang panjang.

“Justeru, kemungkinan besar dia akan direhatkan untuk beberapa perlawanan yang tidak penting dan dia menerima nasihat saya dengan hati terbuka. Apa yang pasti, saya percaya dia faham kerana pasukan tidak mahu dia mengalami kecede­raan,” katanya.

Mengulas lanjut, Pirlo mengakui berpuas hati dengan aksi beberapa pemain muda yang diletakkan dalam kesebelasan utama seperti Kulusevski, Gianluca Frabotta dan bintang antarabangsa Amerika Syarikat, Weston McKennie .

“Kesemua pemain yang diturunkan terutama pemain muda kami telah menunjukkan prestasi yang baik dan saya berpuas hati. Namun, saya tidak mahu mereka selesa kerana banyak lagi ruang yang boleh diperbaiki,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI