fbpx

Pekerja kilang rugi RM10,950 ditipu pelaburan patuh syariah palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Seorang pekerja kilang di Kepala Batas di sini bukan sahaja kempunan wang pulangan pelaburan, bahkan berputih mata apabila wang simpanannya sebanyak RM10,950 lesap dipercayai akibat ditipu sindiket pelaburan Forex semalam.

Mangsa, lelaki berusia 51 tahun terpedaya dengan sindiket itu selepas ditawarkan dengan pelaburan matawang asing patuh syariah yang menawarkan pulangan dalam masa singkat melalui aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa telah memilih salah satu pelan yang ditawakan untuk melabur sebanyak RM350, namun diminta membuat beberapa bayaran tambahan untuk memperoleh wang keutungannya.

“Mangsa dipujuk oleh seorang wanita yang mendakwa ejen syarikat untuk melabur dengan jumlah yang kecil dahulu dan berpeluang mengaut keuntungan segera berjumlah RM 25,000.

“Dia kemudiannya dipaksa membuat beberapa bayaran untuk menuntut wang keuntungan tersebut sehingga membuat empat transaksi memasukkan wang ke dalam dua akaun bank diberikan ejen itu yang kesemuanya berjumlah RM10,950,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noorzainy berkata, mangsa akhirnya menyedari dia ditipu dan membuat laporan polis semalam selepas ejen berkenaan mendiamkan diri.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI