fbpx

MCMC kaji masalah internet di Kampung Kongsi 14

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) siasat dakwaan ratusan penduduk di Kampung Kongsi 14, Bukit Selambau, Kedah yang mengalami kesukaran untuk menikmati kemudahan internet.

MCMC dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah turun padang ke kawasan berkenaan pada 18 September dan 20 September lalu bagi menyiasat aduan yang dibangkitkan.

“Satu pertemuan antara pihak MCMC dengan komuniti setempat telah pun diadakan bagi memahami keperluan dan kehendak penduduk di kawasan berkenaan.

“Sebagai langkah sementara dalam meringankan kesusahan yang dihadapi penduduk setempat di Kampung Kongsi 14, MCMC bekerjasama rapat dengan penyedia perkhidmatan di kampung tersebut untuk tampil dengan jalan penyelesaian sementara,” katanya di sini hari ini.

Katanya, untuk penyelesaian secara menyeluruh, solusi jangka panjang menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) kini sedang dirancang dan akan dilaksanakan tidak lama lagi.

“MCMC memandang serius aduan yang dikemukakan dan memberi jaminan bahawa aduan penduduk di Kampung Kongsi 14 akan ditangani dengan sewajarnya,” ujarnya.

Baru-baru ini media melaporkan, penduduk di kampung berkenaan terpaksa mengambil inisiatif membina ‘menara telekomunikasi’ mereka sendiri menggunakan tiang, baldi dan tali untuk menikmati kemudahan internet. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI