fbpx

LSS TNB di Bukit Selambau mula beroperasi awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Projek Solar Berskala Besar (LSS) Tenaga Nasional Bhd. (TNB) di Bukit Selambau, Kedah berjaya memulakan tugas pada 8 September lalu, 114 hari lebih awal daripada jadual asal.

Loji tenaga solar berkapasiti 30 megawatt (MW) yang dilengkapi 134,880 panel fotovoltaik solar dan 14 alat penyongsang (inverter) itu sebelum ini dijangka mula beroperasi pada 31 Disember 2020.

Pembinaan LSS Bukit Selambau mengambil masa 21 bulan termasuk hampir dua bulan pe­nangguhan akibat Perintah Kawalan Pergerakan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kejayaan yang dicapai dalam suasana mencabar ekoran pandemik Covid-19 membuktikan kepakaran TNB dalam pembangunan projek Tenaga Boleh Diperbaharui (RE), khususnya projek solar.

“Ia bukti komitmen TNB dalam memacu penjanaan tenaga untuk negara termasuk keupayaannya dalam melaksanakan projek RE berskala besar.

“Sejajar dengan pemerolehan pegangan majoriti dalam Vortex Solar di United Kingdom baru-baru ini, kejayaan tersebut meletakkan TNB sebagai peneraju RE domestik selain menjadi antara pemain RE ulung di rantau ini dan peringkat antarabangsa,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Menurut Amir, projek LSS kedua TNB itu meningkatkan dan mengukuhkan kapasiti penjanaan solar berskala besar dalam negara dengan menyumbang 80 megawatt arus ulang-alik (MWac) kepada Grid Nasional.

LSS pertama TNB di Sepang, Selangor memulakan operasi komersialnya pada November 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI