fbpx

Lelaki maut kereta dipandu langgar tiang lampu isyarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta Perodua Bezza yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 80.5, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran Pekan Sungkai di sini hari ini.-Gambar PDRM

Oleh ASLIZA MUSA

TAPAH – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya melanggar tiang lampu isyarat di Kilometer 80.5, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran Pekan Sungkai di sini hari ini.

Nahas pada pukul 11.45 pagi itu mengakibatkan, Muhammad Amirul Hakim Alya, 26, yang memandu Perodua Bezza serta rakannya, Nurul Musfirah Ishak, 25, cedera di beberapa bahagian badan.

Bagaimanapun, Muhammad Amirul Hakim yang dihantar ke Klinik Kesihatan Sungkai untuk rawatan kecemasan meninggal dunia pada pukul 12.40 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku ketika kereta dipandu mangsa dalam perjalanan dari Tanjung Malim menuju ke Tapah.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan tersebut telah hilang kawalan lalu terbabas melanggar tiang lampu isyarat.

“Kemalangan itu mengakibatkan pemandu dan penumpang Perodua Bezza itu cedera. Pemandu kenderaan tersebut bagaimanapun meninggal dunia di Klinik Kesihatan Sungkai.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat manakala rakan sekerjanya menerima rawatan di Hospital Slim River,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan mendapati punca kemalangan akibat terbabas sendiri dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI