fbpx

Lelaki 29 tahun maut dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN kawasan premis kedai dua tingkat yang terbakar sehingga mengorbankan seorang lelaki berusia 29 tahun di Taman Melawati, Skudai di sini hari ini. Foto IHSAN BOMBA

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki berusia 29 tahun maut setelah mengalami luka melecur di separuh bahagian tubuh badannya setelah terlibat dalam sebuah kebakaran kedai dua tingkat di Taman Melawati, Skudai, di sini hari ini.

Komander Operasi, Penguasa Bomba, Mohamad Riduan Akhyar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.04 petang.

Menurut beliau, 21 pegawai dan anggota serta tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Skudai serta Larkin dikejar ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kebakaran membabitkan ruang tamu tingkat dua premis yang merupakan sebuah kedai dua tingkat jenis binaan kekal itu telah berjaya dipadam oleh orang awam.

“Semasa operasi, anggota bomba menemui mayat seorang lelaki dewasa yang mengalami luka melecur pada separuh badannya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Operasi berkenaan kemudian ditamatkan pada pukul 8.46 malam.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI