fbpx

Liyana Jasmay gigil potong gula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Liyana Jasmay

KUALA LUMPUR – Pelakon yang dikenali umum memiliki bentuk tubuh ramping sejak zaman bujang, Liyana Jasmay berkongsi kegembiraan selepas berjaya menurunkan berat badan sebanyak empat kilogram (kg) dalam tempoh 23 hari menjalani diet sihat.

Berita gembira itu dikongsikan Liyana, 32, menerusi satu foto yang menunjukkan berat badan terkini iaitu 49.3 kg, turun 3.7 kg berbanding sebelum ini 53 kg dalam Instagramnya semalam.

Menurut pelakon filem Papadom itu, dia berjaya menurunkan berat badannya selepas tidak mengambil makanan mengandungi karbohidrat dan gula.

“Sasaran saya 49 kg, tetapi saya sangat gembira sebab lagi 0.3 kilogram sahaja nak capai sasaran. Dari 53 kilogram kepada ini.

“Saya tidak ambil sebarang pil atau suplemen, hanya potong karbohidrat dan gula, memang susah pada peringkat permulaan. Hari kelima saya gigil dan pening, tetapi teruskan juga,” katanya.

Tambah Pelantun lagu Aku Tak Percaya Cinta, dia menyeru kepada mana-mana individu agar menurunkan berat badan dengan cara sihat.

“Kenapa saya kongsi perkara ini? Untuk beri semangat kepada anda di luar sana, perca­yalah bahawa tiada suplemen, pil atau air mampu buat anda kurus.

“Malah tiada jalan singkat. Jalan singkat itu bahaya, kita hanya perlu ada azam dan mental yang kuat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI