fbpx

Dua maut kemalangan kereta dan treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Teluk Intan-Sitiawan pagi tadi.

Oleh SHAMSUL KAMAL AMARUDIN

LUMUT – Dua maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan sebuah treler di Jalan Teluk Intan-Sitiawan berhampiran Kampung Kayan dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, pemandu dan penumpang kereta, Zaibidi Muhi, 40, dan Mohd Raimi Rustam, 34, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada beberapa tubuhnya.

Difahamkan, kereta jenis Proton Wira dinaiki kedua-dua mangsa dari arah Sitiawan ke Teluk Intan manakala treler terbabit dari arah bertentangan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Mohd. Zaki Zainol berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.32 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati terdapat kemalangan membabitkan sebuah kereta dan treler dan didapati seorang mangsa tersepit di tempat duduk pemandu manakala seorang lagi mangsa sudah dikeluarkan oleh orang ramai,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutmya, pasukan itu mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa sebelum kedua-dua mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi itu tamat pada pukul 8.18 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi ketika dihubungi mengesahkan kejadian. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI