fbpx

Drama Jun Ji-hyun termahal di Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUN JI-HYUN

SELEPAS kali terakhir membuat penampilan menerusi drama Legend of The Blue Sea pada 2017, aktres profil Jun Ji- hyun dilaporkan akan muncul dengan buah tangan terbaharu tidak lama lagi.

Ji-hyun dilaporkan akan membintangi sebuah drama baharu berjudul Jirisan terbitan tvN yang akan menemui peminat pada tahun hadapan.
Di sebalik keterujaan peminat menantikan kemunculan semula Ji-hyun selepas tiga tahun, hal paling menarik perhatian adalah kos pembikinan drama tersebut yang dikatakan paling mahal di Korea Selatan.

Bajet untuk drama yang mendapat sentuhan pengarah dan penerbit terkenal Lee Eung-bok itu dikatakan berjumlah 20.8 bilion won bersamaan dengan RM73 juta.
Satu angka yang cukup besar dan kos itu dikatakan adalah nilai paling mahal pernah dikeluarkan untuk naskhah drama di negara itu.

Jirisan yang memulakan penggambaran pada bulan ini mengandungi 16 episod dan akan disiarkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad.
Kebanyakan peminat cukup teruja menantikan hasil lakonan Ji-hyun selain mempercayai sentuhan pengarah Eung-bok yang pernah mengarahkan beberapa drama popular seperti Goblin, Descendents of The Sun dan Mister Sunshine.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI